
AFIZAN AMIRI SOLUTION ditubuhkan pada tahun 27 JUNE 2022 . Aktiviti utama syarikat ialah pengeluaran snek tradisional melayu dengan skala pengeluaran di tahap sederhana . Produk utama syarikat adalah ‘REMPEYEK iaitu sejenis kuih tradisional masyarakat Melayu . Selain itu , syarikat juga mengeluarkan produk “POPIAH SIMPUL SEDAP” untuk memenuhi pasaran tempatan . Syarikat juga , akan mengeluarkan pelbagai produk untuk memastikan permintaan pelanggan yang berbeza dapat dipenuhi untuk pasaran yang akan datang.
Syarikat adalah milikan tunggal dimiliki oleh Cik Nor Afizan Binti Amiri. Walaupun syarikat ini baru ditubuhkan, namun kemahiran untuk mengeluarkan produk ini datangnya dari pengusaha sendiri yang menjalankan perniagaan dari rumah .





