AFIZAN AMIRI SOLUTION telah ditubuhkan pada tahun 27 JUNE 2022. Aktiviti utama perniagaan ialah pengeluaran snek tradisional melayu dengan skala pengeluaran di tahap sederhana . Produk utama perniagaan adalah ”REMPEYEK” iaitu sejenis kuih tradisional masyarakat melayu dan juga ”POPIAH SIMPUL SEDAP”.
Perniagaan adalah milikan tunggal dimiliki oleh Cik Nor Afizan Binti Amiri. Walaupun perniagaan ini baru ditubuhkan, namun kemahiran untuk mengeluarkan produk ini datangnya dari pengusaha sendiri yang menjalankan perniagaan dari rumah .







